Sunday, 26 January 2014

CARA GULA MEMBINASAKAN ANDA


  • Gula mampu menyekat sistem imun.
  • Gula boleh menggangu keseimbangan mineral dalam tubuh.
  • Gula boleh menyebabkan hiperaktiviti, rasa cemas, kesukaran konsentrasi dan kanak-kanak akan bersifat mudah tersinggung.
  • Gula boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan keaktifan kanak-kanak.
  • Gula boleh menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak disekolah.
  • Gula boleh menyebabkan peningkatan trigliserida.
  • Gula menyumbang kepada faktor lemah ketahanan bila melawan infeksi bakteria.
  • Gula boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
  • Gula boleh mengurangkan kolestrol ketumpatan tinggi (HDLs) yang membantu kesihatan.
  • Gula boleh menggalakkan kenaikan kolestrol yang bahaya (LDLs).
  • Gula boleh membawa kepada kekurangan kromuium (penting dalam metabolisme gula dalam badan).
  • Gula boleh menyebabkan kuprum.
  • Gula menganggu penyerapan kalsium dan magnesium.
  • Gula boleh membawa kepada kanser buah dada, ovari, prostat dan rektum.
  • Gula boleh menyebabkan kanser kolon dan membawa risiko tinggi kepada kaum wanita.
  • Gula boleh menjadi faktor risiko kanser pundi hempedu.
  • Gula boleh meningkatkan kadar "kelaparan" glukosa darah.
  • Gula boleh melemahkan penglihatan.
  • Gula meningkatkan kadar serotonin yang boleh menyempitkan pembuluh darah.
  • Gula boleh menyebabkan hipoglisemia (kondisi gula rendah dalam darah).
  • Gula menghasilkan perut berasid.
  • Gula menaikkan risiko penyakit oronari jantung.
  • Gula meningkatakan proses penuaan, menyebabkan berlakunya kedutan dan pertumbuhan uban.
  • Gula meninggikan risiko penyakit Alzheimer's.
  • Gula meningkatkan kerosakan alkoholisme.
  • Gula meningkatkan kerosakan gigi.
  • Gula menyumbang kepada pertambahan berat badan dan obesiti.
  • Gula boleh menyebabkan radang saluran usus bagi penghidap gastrik dan ulser.
  • Gula boleh menyebabkan artritis.
  • Gula boleh menyebabakan asama.
  • Gula boleh menyebabkan kandidasis (infeksi yis).
  • Gula membawa kepada pembentukan batu hempedu.
  • Gula boleh membawa kepada pembentukan batu karang.
  • Gula menyebabkan penyakit jantung iskemia.
  • Gula boleh menyebabkan apendiks.
  • Gula boleh memburukkan simptom sklerosisi bebilang.
  • Gula boleh menyebabkan buasr secara tidak langsung.
  • Gula boleh menyebabkan vericose vien (urat timbul).
  • Gula boleh menyumbanag kepada osteoporosis.
  • Gula menyumbang kepada penurunan senitiviti insulin.
  • Gula boleh membawa kepada penurunan toleransi terhadap glukosa.
  • Gula boleh mengurangkan pertumbuhan hormon.
  • Gula boleh meningkatkan keselurugan kolestrol.
  • Gula boleh meningkatkan tekanan darah sisitolik.
  • Gula boleh mengubah struktur protien dan mengganggu penyerapan protien.
  • Gula menyebabkan alergi makanan.
  • Gula boleh menyumbang kepada diabetis.
  • Gula boleh menyebabkan toksemia (keracunan gula) semasa hamil.
  • Gula boleh menyumbang kepada ekzema bagi kanak-kanak.
  • Gula boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular.
  • Gula boleh menjejaskan DNA.
  • Gula boleh menyebabkan katarak.
  • Gula boleh menyebabkan jangkitan. 
  • Gula boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. 
  • Gula boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas didalam aliran darah.
  • Gula menurunkan keupayaan fungsi enzim.
  • Gula boleh menyebabkan kehilangan keanjalan dan fungsi tisu.
  • Gula boelh menyebabkan sel hati terbahagi, meningkatkan saiz hati.
  • Gula boleh meningkatkan kandungan lemak di dalam hati.
  • Gula boleh meningkatkan saiz buah pinggang dan menyebabkan peubahan patologi buah pinggang.
  • Gula boleh memberi tekanan kepada pankreas, menyebabkan kerosakan.
  • Gula boleh menyebabkan sembelit.
  • Gula boleh menyebabkan myopia (rabun dekat).
  • Gula boleh memberi kesan kepada lapisan kapilari.
  • Gula boleh menyebabkan hipertensi.
  • Gula boleh menyebabkan sakit kepala, termasuk migrain.
  • Gula boleh meningkatkan gelombang otak yang boleh mengubah keupayaan minda untuk berfikir dengan jelas.
  • Gula boleh menyebabkan kemurungan.
  • Gula boleh meningkatkan respons insulin kepada mereka yang mengambil makanan yang terlalu manis.
  • Gula meningkatkan penapaian bakteria di dalam kolon.
  • Gula boleh meningkatkan platelet darah pekat yang meninggikan risiko pembekuan darah.
*TIP : Makan gula yang tidak diproses, gula perang organik atau stevia.

Wednesday, 22 January 2014

PENYAKIT AKIBAT OBESITI


Diabetes/kencing manis 

Diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin. Dalam penyakit ini, disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.Tanda-tandanya ialah kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh. Selain itu, ia boleh merosakkan buah pinggang.



Sakit Jantung.

Obesiti adalah punca utama penyakit jantung dan pembuluh darah. ini adalah kerana kegemukan akan menyebabkan peningkatan beban kerja jantung Kenapa? Sebab, bertambahnya saiz tubuh anda. Apabila jantung bekerja melebihi hadnya maka berlakulah kegagalan fungsi jantung. Antara tandanya adalah sesak nafas.



Darah Tinggi

Mereka yang obes juga cenderung mendapat tekanan darah tinggi akibat daripada timbunan lemak dalam pembuluh darah yang akhirnya menjadi sempit . Kombinasi tekanan darah tinggi dan obesiti memberi tekanan kepada jantung dan mengakibatkan dinding jantung menebal dan kekurangan oksigen. Keadaan ini mempercepatkan lagi masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik dan seterusnya menyebabkan jantung terus rosak.



Osteoarthritis

Osteoarthritis adalah suatu penyakit gangguan persendian di mana terjadi perubahan kekurangan tulang rawan sendi dan ini akan menyebabkan terjadinya hipertropi tulang hingga terbentuk tonjolan tulang pada permukaan sendi (osteopit). Sendi yang biasanya terjadi penyakit ini ialah sendi lutut, sendi pinggul/punggung dan beberapa sendi kecil di tangan dan kaki. Kegemukan akan menyebabkan sendi-sendi ini terpaksa menampung berat dan ini akan menyebabkan kesakitan.


Tuesday, 21 January 2014

SISTEM IMUN


Penuaan pramatang otak, peredaran darah, jantung, sendi, kulit, saluran digestif dan sistem imun boleh bermula pada bila-bila masa dalam kehidupan kita. Pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan tubuh merosot termasuklah kecederaan yang belum sembuh sepenuhnya, alergi, kimia toksik dan logam berat, kurang nutrisi, radiasi ultraungu yang berlebihan, stress keterlaluan dan tidak aktif.


Kadang-kadang penuaan pramatang terjadi tanpa sebarang simptom sehingga tina-tiba berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka seperti serangan jantung, kanser dan strok. Pada waktu lain, artophy atau pembaziran tisu boleh terjadi, seperti lemah otot disebabkan kurangnya senaman, membran lendir dan kemerosotan kelenjar dengan penurunan tahap hormon dan atrophy otak bagi penyakit Alzheimer's.




Berikut disenaraikan musuh utama sistem imun :-
  1. Asap (rokok, dan lain-lain)
  2. Tekanan 
  3. Pencemaran (jalan raya sibuk, laluan penerbangan, industri, dll)
  4. Racun serangga
  5. Radiasi
  6. Kimia karsinogenik (industri atau domestik)
  7. Dadah (sah, tidak sah di sisi undang-undang, perubatan), semua ini memerlukan pengawasan pakar perubatan sama ada untuk mengurangkan atau terus tidak menggunakannya lagi.
  8. Bahan penambahan makanan (terutama makanan dan perisa)
  9. Keseimbangan makanan yang tidak beti=ul (misalnya terlalu masin, lemak atau manis)
  10. Kemalangan
  11. Obesiti atau kelaparan
  12. Kurang keseimbangan vitamin
  13. Senaman tidak sesuai
  14. Kecacatan dari segi genatik
  15. Jangkitan (bakteria, virus, fungi, cacing, dll)
  16. Pendirian negatif tentang kehidupan
  17. Tidak gembira
Berikut ada beberapa sebab kenapa sistem imun perlukan penggalakkan :-
  1. Sistem imun menentukan beberapa cepat anda menjadi tua.
  2. Sistem imun melawan virus, bakteria dan organisma lain yang cuba menyerang dan menyebabkan selesema juga jangkitan kulat, ke jenis yang jarang ditemui tetapi mengancam nyawa seperti meningitis, penyakit Legionnaire's dan AIDS.
  3. Sistem imun mempunyai kuasa untuk memusnahkan sel kanser sebaik sahaja ia terbentuk.
  4. Sistem imun membersihkan bahan kumuh tubuh setiap hari, menghapuskan sel mati, "penyerang" yang mati dan bahan kimia toksik.
  5. Sistem imun menawarkan perlindungan daripada radiasi dan pncemaran bahan kimia.
  6. Sistem imun boleh hilang kawalan dan menyebabkann masalah alergi atau penyakit autoimun seperti arthiritis.
  7. Jika sistem imun tidak elok, anda akan selalu sakit, sakit lebih serius dan terpaksa menanggung kesakitan lebih lama.
  8. Dengan sistem imun yang kuat, anda hampir tidak boleh dikalahkan dan sepatutnya mampu hidup lebih lama, sihat dan aktif.

Monday, 20 January 2014

APA TERJADI BILA TUBUH TERLEBIH ASID?

Apabila tahap asid di dalam tubuh berlebihan, orang itu pasti akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda berikut :-


  • Kerap mengeluh
  • Sukar tidur
  • Sukar untuk bangun pada waktu pagi
  • Retensi air
  • Arthristis
  • Sakit kepala yang disebabkan migrain
  • Peluh yang berbau kuat dan asidik
  • Najis kering dan keras
  • Najis busuk serta berasa panas disekeliling lubang anus
  • Menghadapi sembelit dan cirit0birit bergilir-gilir 
  • Kesukaran menelan
  • Halitosisi (pernafasan busuk/tidak menyenangkan) 
  • Himpunan toksin
  • Warna kulit kusam
  • Jerawat
  • Fikiran terganggu (ketegangan/tekanan/serangan panik cemas)
  • Kesakitan otot
  • Tangan dan kaki berasa sejuk
  • Pening kepala
  • Kurang tenaga
  • Kekurangan daya seksual/mati pucuk
  • Prahaid/kekejangan haid
  • Kembung
  • Pedih hati
  • Dengupan jantung terlalu laju atau tidak sekata
  • Hilang daya konsentrasi memori
  • Infeksi saluran kencing
  • Keguguran rambut yang banyak
  • Endometriosis pertumbuhan sel bertambah pada lapisan dalam reproduktif wanita.
  • Berasa kebas dan mengalami debaran
  • Kemurungan 
  • Resdung (sinusitis)
  • Gastritis
Di sebalik masalah asid yang berlebihan, tubuh juga mungkin berada dalam keadaan terlalu beralkali. Bila tubuh menjadi terlalu beralkali, seseorang akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda ini :-

  • Keadaan cemas yang keterlaluan, termasuklah :- 
  1. Hiperventilasi dan sawan
  • Kesakitan otot
  • Bursitis (keradangan dan kesakitan sekitar sendi, tendon dan ligamen)
  • Mengantuk
  • Alergi
  • Kekejangan pada waktu malam
  • Asma
  • Ketidakcernaan kronik
  • Gas berlebihan
  • Batuk pada waktu malam
  • Muntah
  • Darah pekat ata lekas beku
  • Keadaan haid
  • Prostatitis (keradangan kelenjar prostat bagi lelaki)
  • Kulit menebal dengan sensasi panas atau gatal
Kesihatan paling baik dikekalkan dengan cara mengawal keseimbangan kandungan asid-alkali ke tahap mana yang paling optimum untuk tubuh anda.

Saturday, 18 January 2014

ALERGI


Gangguan alergi berlaku apabila sistem imun tubuh memberi tindak balas keterlaluan bila terdedah pada unsur persekitaran dan mencetuskan mekanisme pertahanan seperti kebengkakan, mata berair dan bersin. Unsur yang merangsang tidak balas dipanggil alergen dan lazimnya ia boleh dikawal dengan pnggunaan ubat-ubatan dinamakan antihistamin.

Bila alergen masuk ke dalam tubuh seseorang yang mempunyai sistem imun yang sensitif, histamin dan bahan kimia lain rembeskan oleh sel tertentu. Inilah yang menyebabkan kegatalan, kebengkakan, penghasilan lendir berair, ruam pada kulit, dan simptom-simptom lain. Simptom itu membuat seseorang rasa tidak selesa dan rasa rimas tetapi tidak membahayakan nyawa.

Rawatan biasanya merangkumi pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin. Penghidap juga boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu. Gangguan alergik yang lazim termasuklah :-

1. Asma
2. Ekzema
3. Alahan makanan.

1. ASMA :-

Gangguan respiratori yang mengakibatkan respons alergik oleh paru-paru dan boleh mengakibatkan masalah pernafasan. Sekiranya paru-paru sensitif kepada alergen tertentu, seperti debunga atau tungau debu, ia boleh menyebabkan tiub pernafasan di dalam paru-paru menyempit, sekali gus menyukarkan penghidap bernafas. Simptom asma boleh juga disebabkan oleh jangkitan respiratoi, senaman, kesejukan, udara, tekanan, asap dan bahan pencernaan lain.



2. EKZEMA

Reaksi sensitif yang terjadi pada kulit dan menyebabkan ruam bersisik yang gatal. Pendedahan kepada bahan kerengsaan di sekitar boleh memburukkan lagi simptom seperti kulit kering bila tersentuh air, perubahan suhu dan tekanan. 



3. ALAHAN MAKANAN

Produk seperti kekacang, alahan bermusim (seperti demam hay), alahan persekitaran (pada organisme seperti hama debu). Semua ini disebabkan oleh imun sensitif yang melampau, yang mengarah kepada resons imun yang tidak betul apabila sistem imun bereaksi terhadap alergen.



Friday, 17 January 2014

TOKSIN MASUK MESTI KELUAR

Bahan buangan berasid ialah bahan-bahan sampingan semua fungsi tubuh dan dibuang dalam bentuk peluh, air kencing dan najis. Hanya bila bahan-bahan bersid daripada makanan yang tidak hadam meningkatkan kadar bahan buangan berasid dengan keterlaluan menyebabkan tubuh tidak dapat membuangnya. Tanda paling biasa ialah pencernaan asid yang dinamakan penyurutan asid (asid reflux).

Penyurutan asid ialah keadaan dimana tekak dan dada terasa apabila kandungan sisa asd dari perut mengalir masuk ke kerongkong. Tidak seperti di dalam perut, kerongkong tidak mempunyai lapisan lendir yang tebal bagi mencegah kesan kemusnahan bahan-bahan berasid. Jika penyurutan asid kronik, ia boleh menyebabkan bengkak dan kemerahan pada tisu kerongkong dan pert. Ini boleh membawa kepada kemusnahan lapisan lendir di dalam perut dan perut itu sendiri, kerongkong dan ulse duodenum (bahagian paling atas usus kecil yang bersambung pada bahagian bawah perut).

Simptom pencernaan asid boleh menadi penyelamat nyawa kerana ia membuktikan sisa-sisa asid di dalam saluran penghadaman menghampiri paras bahaya dan sedang terjadi di bahagian lain tubuh. Lambat-laun, tahap sisa asi yang berlebihan akan mengakibatkan penyakit degeneratif. Kebanyakannya mengalami penyakit yang melemahkan tanpa sebarang simptom ketidakcernaan asid, jadi mereka tidak nampak kesinambungan di antara sisa-sisa asid dan penyakit degeneratif. Malah bagi mereka yang mengalami penyurutan asid, gastritis (keradangan perut), loya, kembung, batu karang dan ulser, diet ialah punca utamanya.

Setiap keperitan dan kesakitan badan yang bukan disebabkan oleh kecederaan fizikal berpunca daripada sisa-sisa asid produk yang tidak sepatutnya atau makanan yang kurang nutrient.


Wednesday, 8 January 2014

TERAPI OZONE

Terapi ozon masih terlalu baru di Malaysia namun telah lama diperkenalkan di Belgium, Itali, Perancis, Brazil, Rusia, Argentina, Jepun dan Singapura.

Malah di Indonesia, terapi ozon (sama ada sebagai alternatif ataupun sokongan) sudah bertapak di republik itu sejak 1992.
Terapi ozon tidak mengandungi pakej pengambilan ubat-ubatan. Menerusi proses pengoksidanan, sistem tubuh badan berfungsi jauh lebih baik kerana mendapat oksigen mencukupi.

*Di Malaysia, generator ozon ALIF-1 digunakan di beberapa hospital swasta di negara ini.

Persidangan Ozon Sedunia Ke-6 di Washington D.C. pada tahun 983 merumuskan tentang kegunaan ozon dan kebaikan terapi ozon seperti berikut:-
  • Membasmi kulat, bakteria dan virus.
  • Mengurangkan risiko jangkitan hepatitis, HIV, sifilis atau penyakit-penyakit yang berjangkit melalui pemindahan darah.
  • Melegakan gejala angina akibat lemah jantung memperbaiki sepenuhnya peredaran darah di badan dan fungsi serta peredaran darah ke jantung.
  • Merencatkan barah, lymphomas dan leukemia tanpa pembedahan, radiasi atau kemoterapi.
  • Memulihkan penyakit rheumatoid dan artritis.
  • Merawat semua jenis alahan.
  • Mengawal Alzheimer dan Parkinson.
  • Menyembuhkan dengan berkesan kecederaan atau sakit luaran seperti melecur, luka, melecet, ulser, jerawat, fungus dan sakit kulit.
Apakah kesan penggunaan ozon kepada badan?

Antaranya ialah:-
  • Merangsang penghasilan sel darah putih.
  • Merangsang penghasilan interluikin-2. Interluikin-2 berfungsi dalam sistem imun atau pertahanan badan.
  • Membunuh kebanyakan bakteria.
  • Menyerang dan menghapuskan virus dengan berkesan.
  • Mengoksida plak arteri iaitu memecahkan plak yang terdapat pada saluran darah (terutama bagi penyakit arteriosclerosis dan arthrosclerosis).
  • Menguraikan petrokimia dan membuang semua toksik di dalam badan.
Apa kelebihan dan bagaimana respons terhadap terapi ini?
  • Penggunaan ozon tidak menyakitkan.
  • Jauh lebih murah berbanding kos pembedahan bagi sesetengah penyakit.
  • Semakin banyak negara membenarkan pengamalan terapi ozon di seluruh dunia sejak tahun 1985. Lebih 6,000 alat atau mesin penghasil ozon dijual di Eropah.