A. DEFINASI HIPERTENSI
Hipertensi
atau darah tinggi adalah penyakit yang berkaitan dengan jantung dan pembuluh
darah yang serentak dengan peningkatan tekanan darah. Hipertensi tidak memberi
tanda-tanda bahaya terlebih dahulu.
Gambar
1. Tekanan Darah yang Terjadi di Pembuluh Darah dari Jantung
Gambar
2. Perbandingan kondisi normal dan hipertensi
B. PATOFISIOLOGI
Faktor risiko seperti
sejarah keluarga, umur, pengambilan garam, obesiti, minuman keras, merokok,
stress dan lain-lain
|
|
Peningkatan rintangan
vascular sistemik / systemic vascular resistance
|
|
Peningkatan afterload
|
|
kurang bekalan darah
ke semua organ termasuk buah ginjal
|
|
mengaktivasikan beta
receptor untuk mengeluarkan renin
|
|
renin menukarkan
angiotensinogen ( hepar ) kepada angiotensin I
|
|
Angiotensin I ditukar
oleh angiotensin converting enzyme kepada angiotensin II
|
|
vasokonstriksi arteri
arteri, pernambahan aldosterone, pengembalian sodium dan cecair
|
|
Peningkatan peripheral
resistance
|
|
Peningkatan tekanan
darah
|
C. MANIFESTASI KLINIKAL
KLASIFIKASI HIPERTENSI
Hipertensi
atau darah diklasifikasikan kepada tiga iaitu jenis (sistolik dan diastolik) ,
sebab (cause) dan darjah keterukan.
aJenis
(sistolik dan diastolik)
Klasifikasi
mengikut jenis dapat dihuraikan melalui sistolik dan diastolik. Hipertensi
dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah dihospital iaitu semasa pesakit
berjumpa doktor. Pesakit juga boleh mengukur sendiri dirumah bagi yang
mengetahui caranya. Tekanan darah terbahagi kepad dua, iaitu sistolik dan
diastolik. Sistolik adalah tekanan dalam arteri yang terjadi ketika darah dipam
dari jantung ke seluruh tubuh. Diastolik pula ialah sisa tekanan dalam arteri
ketika jantung berehat.
Tekanan
ini dinyatakan dalam bentuk angka pecahan. Tekanan sistolik ditulis diatas
sedangkan diastolik dibawah. Jika hasilnya 120/80 mmHg, bermaksud tekanan
sistolik adalah 120 dan diastolik 80.
Menurut
WHO (World Health Organization, mereka memberi nilai tekanan darah normal
adalah 140/90 mmHg dan tekanan darah sama atau diatas 160/95 mmHg dinyatakan
sebagai hipertensi. WHO juga menyatakan bahawa nilai ini tidak membezakan
antara umur dan jantina.
Klasifikasi
Tekanan Darah
|
Tekanan
Sistolik (mmHg)
|
Tekanan
Diastolik (mmHg)
|
Normal
|
<120
|
dan <80
|
Prehipertensi
|
120 – 139
|
Atau 80 – 89
|
Hipertensi
Tahap I
|
140 – 159
|
Atau 90 – 99
|
Hipertensi
Tahap II
|
≥ 160
|
Atau ≥100
|
Tabel
1. menunjukkan klasifikasi tekanan darah untuk orang dewasa dari WHO.
NM
Kaplan (Pakar Ilmu Penyakit Dalaman) pula memberi penilaian dengan membezakan
umur dan jantina. NM Kaplan menyatakan bahawa lelaki berumur kurang dari 45
tahun dikatakan hipertensi apabila tekanan darah mereka > 130/90 mmHg.
Manakala lelaki berumur dari 45 tahun dikatakan hipertensi apabila tekanan
darahnya > 145/95mmHg, dan wanita pula tekanan darah lebih 160/95mmHg
disahkan hipertensi.
Manakala,
pakar penyakit dalaman lain, Gordon H Williams, mengklasifikasikan hipertensi
sebagai nilai tekanan sistolik < 40 adalah normal, 140-159nadalah normal
tinggi dan > 159 merupakan hipertensi sistolik tersendiri. Tekanan diastolik
pula Gordon H Williams memberi nilai < 85 adalah normal, 85 – 89 adalah
normal tinggi, 90 – 104 adalah hipertensi ringan. Seterusnya 105 – 114 adalah
hipertensi sederhana dan < 115 adalah merupakan hipertensi berat.
Seterusnya,
National Institute of Health, Lembaga Kesihatan Nasional di Amerika pula
mengklasifikasikan memberi nilai pada tekanan sistolik < 119 mmHg adalah
hipertensi peringkat 1 dan < 160 mmHg adalah hipertensi peringkat 2.
Manakala nilai tekanan diastolik pula ialah < 79 mmHg adalah normal, 80 – 89
mmHg adalah Pra Hipertensi, 90 – 99 mmHg adalah hipertensi peringkat 2.
b)
Sebab
(cause) / Faktor-faktor risiko.
Hipertensi
dikategorikan kepada dua iaitu Hipertensi Primer dan Hipertensi Sekunder.
hipertensi primer adalah yang tidak diketahui penyebabnya atau idiopatic
hipertensi, ia merupakan 90% daripada kes hipertensi. Manakala, hipertensi
sekunder pula ialah berkaitan dengan penyakit iaitu 10%.
I.
Hipertensi Primer
i. Tidak diketahui
ii.
Keturunan
iii.
Usia
iv.
Obesiti
v.
Tobacco
vi.
Kafein
vii.
Tekanan Emosi/Stress
II.
Hipertensi Sekunder.
Bagi
hipertensi sekunder pula, ia adalah akibat proses daripada penyakit. Iaitu
penyakit buah pinggang. Penyakit ini menyebabkan kurang pengaliran darah
merosakkan tisu buah pinggang. Contohnya seperti Pyelonephritis, Stenosis
artery renal, polycystic kidney dan glomerulonephritis akut.
c)
Darjah
Keterukan
Kategori
|
Sistolik
|
Diastolik
|
Mild
Hipertensi
|
140-159
|
90-99
|
Moderate
Hipertensi
|
160-179
|
100-109
|
Severe
Hipertensi
|
180-209
|
110-119
|
Malignant
|
>210
|
<120
|
Malignant Hipertensi
i. Tekanan darah meningkat dengan cepat.
ii. Kerosakan salur arterioles kecil di
organ-organ penting seperti jantung, kidney, otak dan mata (papilledema and retina hemorrhage).
BP
– Sistolik > 210mmHg
Diastolik > 120mmHg
iii.
Komplikasi malignant hipertensi :-
ü Infarsi
miokardial
ü Kegagalan
jantung kongestif
ü Pulmonary
edema
ü HPT
encephalopathy
ü Strok
ü Kegagalan
buah pinggang
Benign hipertensi
i.
Istilah hipertensi untuk jenis uncomplicated hypertension.
ii.
Mengambil jangkamasa panjang dan kurang
serius.
White Cout Hypertension
i. 20% of
hypertensives.
ii. Pesakit
akan mengalami tekanan darah tinggi apabila menghadapi kakitangan kesihatan
tetapi kembali kepada normal bila keluar dari suasana medical.
v FAKTOR-FAKTOR RISIKO HIPERTENSI
Faktor
yang tidak boleh diubah :-
Keturunan
/ genetik.
Hipertensi umumnya kerana faktor keturunan
atau genetik. Sebab keturunan tidak dapat diubah. Jika seseorang memiliki orang
tua atau saudara yang memiliki hipertensi, maka kemungkinan beliau akan
mendapat hipertensi. Jika datangnya daripada keluarga peratusannya adalah 25%
dan jika kedua orang tua memiliki maka peratusan mendapat hipertensi adalah
tinggi iaitu 60%. Peratusan itu diperolehi daripada pelbagai penelitian dan
kajian yang telah dibuat.
Hipertensi yang paling banyak dijumpai adalah
pada kembar seiras daripada kembar tak seiras semakin banyak menguatkan bahawa
faktor genetik merupakan penyebab hipertensi.
Usia
(pertukaran pada salur nadi).
Penelitian dan kajian menunjukkan bahawa
semakin bertambah usia seseorang, tekanan darah juga semakin meningkat.
Hipertensi banyak terjadi pada umur lanjut. Di kalangan wanita, hipertensi
sering terjadi pada umur di atas 50 tahun. Hal ini disebabkan berlakunya perubahan
hormone sesudah menopaus.
Jantina.
Sebelum usia 55 tahun, lelaki lebih berisiko
tinggi untuk mengalami hipertensi. Wanita pula mengalami kemungkinan hipertensi
setelah menopause.
Faktor
yang boleh diubah:-
Obesiti.
Seseorang yang memiliki berat badan diatas
30% berat badan ideal, mereka berkemungkinan besar akan mendapat hipertensi.
Hal ini disebabkan, degupan jantung dan sirkulasi aliran darah penghidap
hipertensi yang obesiti lebih tinggi berbanding yang mempunyai berat badan
normal.
Pemakanan.
Kebanyakan makanan yang sudah diproses
sebelumnya atau makanan instan memiliki kandungan garam yang tinggi.
Merokok
/Tembakau.
Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah
menjadi tinggi. Hal ini disebabkan zat yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan
lapisan dinding arteri yang berupa plak. Ini menyebabkan penyempitan pembuluh
darah arteri yang dapat meningkatkan tekanan darah.
Kandungan narkotinnya boleh meningkatkan
hormone epiefrin yang boleh menyempitkan pembuluh darah arteri. Karbon monoksida
pula menyebabkan jantung berfungsi lebih keras untuk menggantikan aliran oksigen
ke jaringan tubuh. Degupan jantung yang lebih berat meningkatkan tekanan darah.
Pelbagai penelitian dan kajian telah membuktikan bahawa rokok berisiko terhadap
jantung dan pembuluh darah.
Alkohol.
Banyak penelitian telah membuktikan alcohol
dapat merosakkan jantung dan organ-organ lain termasuk pembuluh darah.
Kafien.
Kafein yang terdapat pada kopi dan the
mahupun minuman cola boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
Stress.
Stress dan emosi yang tidak stabil juga boleh
menyebabkan hipertensi. Apabila stress terjadi, yang terlepas adalah homon
adrenalin. Aktiviti ini meningkatkan tekanan darah secara berkala. Jika
berpanjangan, peningkatan tekanan darah menjadi kekal.
Sakit kepala.
Sakit kepala pada hipertensi disebab gangguan
aliran pembuluh darah. Ini berkaitan dengan emosi yang dikenali dengan istilah
sakit kepala psikosomatik. Sakit kepala sememangnya terjadi kepada peningkatan
tekanan darah. Tetapi tidak semua sakit kepala merupakan hipertensi.
Kurang
aktiviti.
Gaya hidup yang cenderung pasif, kurang
melakukan aktiviti boleh mengakibatkan kegemukan sehingga penumpukkan lemak di
pembuluh darah terjadi.
TANDA-TANDA DAN GEJALA HIPERTENSI
Pada kebiasaanya, hipertensi tidak
menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Namun, ada kalanya pesakit mungkin
mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala. Biasanya pemeriksaan tekanan darah secara
berkala di Klinik Kesihatan berdekatan dan doktor akan menasihatkan pesakit
tentang kekeapan untuk memeriksa tekanan darah.
D. KOMPLIKASI HIPERTENSI
I.
Otak
Pada otak hipertensi menimbulkan
komplikasi. Pada bahagian otak, akibat
hipertensi adalah amnesia iaitu penyakit hilang daya ingatan dan kemampuan
mental lain. Risiko amnesia dapat diturunkan dengan merawat hipertensi.
II.
Mata
Hipertensi boleh menyebabkan kerosakan mata.
Hipertensi menyebabkan pembuluh darah halus retina iaitu pada bahagian belakang
mata koyak. Darah merembes kebahagian sekitarnya dan boleh menyebabkan buta.
Namun begitu, kejadian ini boleh dielakkan dengan kawalan hipertensi secara
betul.
III.
Komplikasi pada jantung dan pembuluh darah.
ü Arteriosklerosis atau pengerasan
pembuluh darah arteri.
Peningkatan tekanan berterusan pada arteri
akibat penebalan dinding salur darah.
ü Aterosklerisis atau pengumpulan lemak
pada lapisan dinding pembuluh darah arteri.
Pengumpulan lemak dalam jumlah yang besar
disebut plaque. Pembentukan plaque dalam pembuluh darah sangat berbahaya kerana
boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan organ-organ tubuh akan
kekurangan darah.
ü Aneurisma.
Aneurisma, iaitu pembentukan gambaran serti
belon pada dinding pembuluh darah akibat kerosakan yang timbul.
ü Penyakit pada arteri koronari.
Arteri koronari adalah pembuluh darah utama
yang memberi saluran darah pada otot jantung. Apabila arteri ini mengalami
gangguan, contohnya kerana plague darah ke jantung akan terganggu dan membawa
kepada masalah kekurangan darah.
ü Hipertropi bahagian kiri jantung.
Bahagian kiri jantung adalah ruang pam
jantung. Akibat otot berfungsi terlalu berat ketika proses pam darah ke aorta
kerana hipertropi atau penebalan otot serambi kiri jantung. Dibahagian lain
penyempitan pembuluh darah kerana hipertensi menyebabkan keperluan darah tidak
cukup dan jantung akan rosak apabila berfungsi lebih kuat lagi dalam mengepam
darah.
ü Kerosakan jantung.
Kerosakan jantung iaitu keadaan ketika
jantung tidak kuat mengepam darah ke seluruh tubuh. Banyak organ lain rosak
kerana kekurangan darah dan otak jantung tidak kuat seterusnya otot jantung
semasa mengepam darah kembali ke jantung.
ü Pada ginjal.
Komplikasi hipertensi terjadi kerana pembuluh
darah dalam ginjal mengalami aterosklerosis kerana tekanan darah terlalu tinggi
dan aliran menurun. Ginjal juga tidak dapat melaksanakan fungsinya. Fungsi
ginjal adalah untuk membuang semua bahan sisa dari dalam darah. Apabila ginjal
tidak berfungsi, bahan sisa akan berkumpul dalam darah dan ginjal akan mengecil
seterusnya berhenti berfungsi.
E. UJIAN DIAGNOSTIK
·
X Ray dada
·
ECG
·
Echocardiography
·
Urinalisis
·
Fasting Blood Lipids
·
Urea creatinine BUSE
F.
PENGURUSAN
DAN RAWATAN
i.
Bukan Farmakologi/Non farmakologis.
·
Rawatan non farmakologi, iaitu rawatan tanpa
menggunakan ubat-ubatan. Penurunan tekanan darah berdasarkan kepada perubahan
cara hidup ke arah lebih sihat untuk menghilangkan beberapa faktor risiko
hipertensi.
·
Amalkan gaya hidup sihat untuk membaiki tahap
kesihatan. Perubahan cara hidup sihat ini merupakan rawatan non farmakologi
yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan faktor risiko yang
membahayakan penyakit. Perubahan tersebut merangkumi hal-hal berikut :-
ü Mengurangkan
kandungan garam.
ü Mengurangkan
berat badan (obesiti).
ü Melakukan
aktiviti fizikal dan bersenam.
ü Mengurangkan
makanan berlemak.
ü Mengurangkan
atau menghentikan kebiasaan merokok.
ü Mengurangkan
ambilan ubat-ubatan yang dapat meningkatkan tekanan darah.
ü Mengawal
kadar gula dalam darah dan kolestrol bagi penghidap hipertensi dengan penyakit
kencing manis dan kolestrol berlebihan (hiperkolestrolemi).
ü Mengendalikan
penyakit jantung dan pembuluh darah lain.
ii.
Rawatan farmakologi.
·
Rawatan famakologi ialah rawatan dengan cara
menggunakan ubat antihipertensi untuk menurunkan tekanan darah. Rawatan
farmakologi dilakukan pada penghidap hipertensi peringkat 1 atau lebih (tekanan
darah lebih 140/90 mmHg atau lebih). Rawatan farmakologi biasanya menggunakan 1
atau lebih ubat dan dilengkapi dengan rawatan non farmakologi.
G. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
i. Menjaga
pola pemakanan yang sihat. Secara umumnya tidak ada pantang untuk mencegah
hipertensi. Apa yang penting makanan tersebut mengandung kalium, magnesium dan
kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Lebihkan makan buah-buahan, sayuran, kekacang dan produk susu rendah lemak.
ii. Mengurangkan
kandungan garam dalam pemakanan. Kurangkan garam ketika memasak. Jangan lupa
untuk menilai pengiraan kadar natrium dalam setiap makanan atau masakan pada
menu yang dimakan. Garam sangat berpengaruh dalam meningkatkan tekanan darh.
Natrium merupakan mineral yang sangat berperanan dalam membantu keseimbangan
cairan tubuh dan menghantar impulse (rangsangan) saraf yang mengatur pergerakan
otot.
iii. Bersenam
seperti berjalan kaki, jogging, berbasikal, berenang dan senaman dengan
menggunakan alatan. Senaman tersebut dapat membakar kalori sekurang-kurangnya
150 kalori. Selain itu dapat juga meningkatkan kemampuan jantung, paru-paru
serta otot jantung.
iv. Bagi
berat badan yang berlebihan sehingga sampai ke tahap obesiti, usahakan agar berat badan berkurang menjadi
berat badan yang sihat dengan diet dan senaman.
v. Berhenti
merokok amat penting untuk menurunkan dan mengawal tekanan darah. Amalan
mengelakkan rokok dapat menjauhkan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah.
Segera menyusun program untuk menghentikan kebiasaan merokok.
vi. Mengawal
kadar gula dalam darah dan kolestrol bagi penghidap hipertensi dengan penyakit
kencing manis dan kolestrol berlebihan (hiperkolestrolemi).
vii. Untuk
mengelakkan stress, segera mencari puncanya. Minimumkan factor-faktor penyebab.
Jalankan terapi stress untuk mengurangkan stress.