Thursday, 28 November 2013

BAHAYA KOLESTEROL

MANUSIA memerlukan kolestrol bagi membentuk sel, hempedu dan hormon tertentu dalam tubuh tetapi paras kolesterol yang tinggi mendedahkan individu kepada pelbagai penyakit berbahaya. Penyakit jantung koronari disebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh menjadi pembunuh nombor satu masyarakat di negara ini. Pesakit juga terdedah kepada serangan strok atau angin ahmar sekiranya kolesterol terlalu tinggi.

Kolesterol dihasilkan oleh hati dan ia wujud dalam darah setiap individu. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kaya dengan kolesterol akan mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol tinggi dalam darah. Penghasilan kolesterol secara berlebihan oleh hati dikaitkan dengan faktor genatik dan dan keadaan ini sukar dikawal biarpun individu berusaha mengurangkan pengambilan makanan kaya kolesterol.

Ada pesakit mengadu tidak mengambil makanan kaya kolesterol tetapi paras kolesterol mereka tinggi dan ini sebenarnya berpunca daripada faktor genatik. Mereka yang kuat merokok juga terdedah kepada masalah kolesterol tinggi. Bagaimanapun, paras kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor pemakanan tidak seimbang boleh dicegah.

Masalah kolesterol tinggi lebih terdedah kepada lelaki berbanding wanita. Namun begitu, apabila wanita putus haid, mereka terdedah kepada sakit jantung koronari. Sebelum putus haid, hormon estrogen melindungi wanita daripada sakit jantung koronari tetapi selepas menopous, hormon itu tidak lagi dihasilkan oleh tubh dan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah.



No comments:

Post a Comment