Sunday 23 March 2014

SINDROM SEMBELIT

Sindrom usus rengsa (sembelit) ialah penyebab biasa ramai orang tidak dapat bekerja. Tetapi simptom yang biasa, sembelit atau cirit birit diiringi rasa kembung yang teruk dan gas boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit atau keadaan. Ubat-ubatan konvensional bagi mengubati masalah ini termasuklah laksatif, antispasmodik dan ubat penenang.

Walaupun tekanan memainkan peranan dalam kebanyakan gangguan digestif, ia bukanlah penyebab utama masalah itu.

Satu sumber mengatakan bahawa dua per tiga diantara mereka yang menghidap sidrom usus rengsa mempunyai alergi terhadap satu atau dua jenis makanan. Namun untuk mengenal pasti makanan mana yang menyebabkan alergi itu adalah sukar dan memakan masa. Selalunya, penyebab termasuklah hasil tenusu dan bijirin kaya gluten seperti gandum.

Walau bagaimanapun, simptom sembelit mungkin reaksi terhadap semua makanan lain. Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenal pasti penyebabnya adalah dengan mencatatkan semua jenis makanan yang dimakan dan simptom-simptomnya.

Sebahagian daripada cara pengekalan termasuklah tabiat makan yang baik, dan ini termasuklah yang berikut :-

1. BERTENANG

Cuba hadapi waktu makan dengan tenang dan seboleh-bolehnya tanpa tekanan. Makan perlahan-lahan dan kunyah dengan sempurna ilaha cara terbaik untuk membaiki penghadaman.

2. MAKAN SERAT

Dapatkan komponen penting ini daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan sebahagian bijirin. Serat boleh membantu mengurangkan simptom sembelit dan cirit birit dengan menetapkan gerakan peristaltik, iaitu otot kontraksi voluntari yang menggerakkan makanan.

3. HINDARI PENYEBAB GAS

Elakkan pengambilan makanan bergas seperti kacang, kubis dan minuman berkabornat.

4. KURANGKAN GULA

Oleh kerana karbohidrat boleh menapai didalam ususu dan menghasilkan gas, kebanyakan orang mendapati dengan cara tidak mengambil gula halus atau karbohidrat boleh mengurangkan dan menghilangkan simptom.

5. JANGAN AMBIL PENGGANTI GULA SEPERTI SORBITOL, XILITOL DAN ASPARTAME

Sedarilah bahawa sorbitol dan xilitol iaitu karbohidrat yang tidak boleh dihadam yang digunakan sebagaipemanis tiruan boleh meningkatkan sindrom usus rengsa, boleh menaikkan tahap gula dalam darah jika diambil secara berlebihan dan tidak digalakkan untuk kanak-kanak.

Aspartame pula merupakan gula tiruan yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti yang dilaporkan diseluruh dunia. Sebanyak 92 kesan sampingan telah dilaporkan mengenai aspartame.

6. ELAKKAN BAHAN IRITASI

Makanan berlemak dan kopi biasa atau yang tanpa kefien, boleh mencetus spasma usus yang boleh mengakibatkan kekejangan dan cirit-birit.

Wednesday 12 March 2014

TERAPI OZON

TERAPI OZON

Singkir kotoran, toksin dalam tubuh, kembalikan keremajaan

SUDAHLAH wajah tidak berseri, dia juga mula fobia akibat kemunculan tanda-tanda penuaan yang jelas kelihatan, walaupun puas semua jenis produk penjagaan kecantikan disarankan rakan, di cuba untuk mengembalikan kejelitaan. Tidak hanya itu, dirinya juga semakin tidak bermaya apatah lagi cepat penat walaupun rutin hariannya kurang aktif. Siti mula bimbang dengan keadaan dirinya.
Berbeza, jirannya Maimun, sudah bercucu, tapi masih kelihatan sihat dan awet muda. Kulitnya bukan saja bersih dan cerah, tetapi bebas dari tanda penuaan. Tidak ketinggalan, rambutnya juga masih tebal dan bersinar berbanding mereka yang baru berusia 30 an. Dilihat kedua-dua wajah wanita itu, ternyata bagaikan langit dengan bumi.

Maimun juga dilihat cukup aktif, setiap pagi dan petang bersenam dengan cucunya.. Hujung minggu mereka sekeluarga pasti akan keluar bersiar-siar. Dari mana datangnya kekuatan keremajaan yang dimiliki wanita berusia 60 tahun itu? Tertanya-tanya juga apa rahsia diamalkan nenek itu?

Memberi penerangan lanjut, pakar kecantikan yang juga pemilik Marissa Aesthethic & Wellness Centre, Dr Rushmini Maris Ismail, memberitahu sistem dalaman tubuh individu mencerminkan penampilan mereka dan tubuh manusia juga ibarat sebuah kereta yang mana darah bertindak sebagai minyak dan organ sebagai komponen yang menggerakkan kenderaan.

Katanya, menerusi terapi Ozon, darah dalam tubuh akan ditapis dan dibersihkan bagi tujuan pembuangan toksin berbahaya sekali gus membantu peredaran darah yang lebih aktif bagi meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan seseorang.

“Darah terdiri daripada 40 peratus pepejal (sel darah ), cecair (plasma) 60 peratus dan tubuh manusia mengandungi lebih kurang enam liter darah. Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan.
“Fungsi darah bertujuan membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh sel dan tisu. Ia juga bertindak melawan jangkitan kuman sekali gus membawa bahan buangan. Darah juga memberi warna kepada kulit dan mengawal suhu badan.

“Oleh itu kita wajar mengawal dan menjaga keadaan darah menerusi amalan dan gaya hidup sihat jika anda inginkan kulit yang cantik dengan keadaan kesihatan optimum,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pakar yang sudah berpengalaman 10 tahun lalu dalam bidang berkaitan, menjelaskan terapi Ozon adalah satu terapi pilihan yang selamat dan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan malahan ia mampu merawat pelbagai penyakit seringan itu mengembalikan keremajaan kulit.

Katanya, Ozon akan menghasilkan ozon bertindak balas dengan darah membentuk kadar oksigen yang banyak. Oksigen ini diserap dalam darah dan di bawa ke seluruh badan. Proses ini akan menjadikan seseorang lebih bertenaga sehingga proses penyembuhan penyakit akan terjadi lebih cepat.

“Proses yang memakan masa lebih sejam ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan atau kesan sampingan berpanjangan buat mereka yang berpenyakit.

“Ini kerana darah yang mengandungi Oksigen (O2) akan disedut keluar dari tubuh oleh mesin khas menghasilkan ozon (O3), sejenis oksigen yang baik bagi merangsangkan kimia nitrat oksida dalam badan. Di samping itu, proses penapisan toksin juga akan berlaku sebelum darah yang sudah disaring masuk kembali ke dalam tubuh,” katanya.

Dr Rushmini juga berpendapat, kekayaan oksigen dalam darah bukan saja membekalkan tenaga dan kesihatan buat pesakitnya ,tetapi juga membekalkan keremajaan dan kecantikan luaran terutama buat wanita selepas organ pembuangan termasuk hati, usus dan buah pinggang bebas dari bahan buangan.

“Prinsip utama terapi Ozon adalah untuk menyingkirkan kekotoran dalam tubuh termasuk toksin yang mana ia tidak dapat keluar secara normal yang akhirnya menyebabkan tersumbat dan menjemput pelbagai masalah termasuk mengganggu hormon.

“Bila seseorang itu memiliki sistem tubuh yang baik, kelenjar hormonnya akan menjadi aktif dan ia amat penting untuk melahirkan kecantikan luaran wanita. Sebagai contoh, jerawat berlaku kerana keadaan hormon yang tidak cukup aktif untuk mengembalikan keperluan kulit,” jelasnya lagi.

Tidak hanya itu, Dr Rushmini juga berpendapat terapi Ozon mampu membuatkan kulit kelihatan lebih lembap dan lembut sekali gus bebas masalah selepas melakukan rawatan itu, tidak hanya rambut juga tampil lebih lebat dan sihat di samping keadaan tubuh lebih segar dan bertenaga.

“Selepas sekali rawatan, anda akan mendapati kulit menjadi lebih lembap dan lembut begitu juga dengan rambut akan tumbuh lebat memandangkan sistem tubuh menerima oksigen yang mencukupi bersama penyingkiran bahan buangan rapi.

“Terapi Ozon juga dapat memberikan kesan nafas yang lebih segar dengan tubuh bertenaga. Ia juga dapat membantu menghilangkan ketagihan seperti merokok serta yang sukar mengandung,” katanya.

Menjelas lanjut mengenai terapi itu, katanya ia juga boleh diamalkan seawal usia remaja memandangkan proses dijalankan adalah selamat dan bertujuan mencegah dan merawat kesihatan.

Katanya, dengan harga rawatan dianggarkan RM500, pesakit dinasihatkan menjalani terapi itu sekurang-kurangnya sebulan sekali selama lima bulan berturutan dan selepas itu bolehlah lakukannya mengikut cadangan doktor atau pakar.

“Rawatan ini juga sesuai dijalankan remaja seawal usia 15 tahun untuk memastikan mereka dapat membesar dengan keadaan tubuh yang lebih sihat dan bebas penyakit apatah lagi aktif sepanjang pembesaran mereka.

“Terapi Ozon yang mengambil masa kira-kira sejam ini juga boleh dilakukan sebanyak satu kali setiap bulan dan tahun berikutnya sekurang-kurangnya tiga kali setahun berpandukan keadaan dalaman tubuh,” katanya.

Terapi ozon boleh diguna sebagai sebahagian kaedah rawatan holistik merawat:

* Kanser, terutama kanser darah.
* Hypercholesterolaemia (kolesterol berlebihan dalam darah)
* Alahan dan Eczema
* Diabetes
* Darah tinggi
* Penyakit jantung koronari
* Kegagalan hati dan buah pinggang, terutama peringkat awal
* Asma
* Obesiti
* Masalah kulit 


*Dipetik dari Berita Harian.

Sunday 2 March 2014

ATHEROSCLEROSIS (Penyempitan Saluran Darah)

Atherosclerosis ialah sejenis penyakit di mana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrient untuk disebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam baan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrient yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung.

Bagi denyutan jantung yang normal adalaha di antara 80-90 denyutan seminit. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidap Atherosclerosis, denyutannya lebih cepat sekiranya penghidap melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan.

Pada kebiasaanya penyakit Atherosclerosis dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan penyakit ini menyerang.

FAKTOR :-

  1. Keturunan
  2. Penghisap rokok
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Kolestrol tinggi
TANDA-TANDA :-

  1. Nafas atau dada menjadi sesak.
  2. Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut.
  3. Sering berasa tidak selesa pada badan dan kerap berpeluh.
  4. Mengalami pening kepala dan kadangkala pitam.
  5. Degupan jantung menjadi lebih cepat.
  6. Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih.
LANGKAH PENCEGAHAN :-

  1. Berhenti atau menghindarkan diri dari menghidap rokok.
  2. Jauhkan diri dari asap rokok keranan rokok juga boleh menyebabkan penyakit ini.
  3. Amalkan diet seimbang seperti memakan makanan yang mengandungi kolestrol dengan kadar yang rendah.