Sunday 23 March 2014

SINDROM SEMBELIT

Sindrom usus rengsa (sembelit) ialah penyebab biasa ramai orang tidak dapat bekerja. Tetapi simptom yang biasa, sembelit atau cirit birit diiringi rasa kembung yang teruk dan gas boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit atau keadaan. Ubat-ubatan konvensional bagi mengubati masalah ini termasuklah laksatif, antispasmodik dan ubat penenang.

Walaupun tekanan memainkan peranan dalam kebanyakan gangguan digestif, ia bukanlah penyebab utama masalah itu.

Satu sumber mengatakan bahawa dua per tiga diantara mereka yang menghidap sidrom usus rengsa mempunyai alergi terhadap satu atau dua jenis makanan. Namun untuk mengenal pasti makanan mana yang menyebabkan alergi itu adalah sukar dan memakan masa. Selalunya, penyebab termasuklah hasil tenusu dan bijirin kaya gluten seperti gandum.

Walau bagaimanapun, simptom sembelit mungkin reaksi terhadap semua makanan lain. Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenal pasti penyebabnya adalah dengan mencatatkan semua jenis makanan yang dimakan dan simptom-simptomnya.

Sebahagian daripada cara pengekalan termasuklah tabiat makan yang baik, dan ini termasuklah yang berikut :-

1. BERTENANG

Cuba hadapi waktu makan dengan tenang dan seboleh-bolehnya tanpa tekanan. Makan perlahan-lahan dan kunyah dengan sempurna ilaha cara terbaik untuk membaiki penghadaman.

2. MAKAN SERAT

Dapatkan komponen penting ini daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan sebahagian bijirin. Serat boleh membantu mengurangkan simptom sembelit dan cirit birit dengan menetapkan gerakan peristaltik, iaitu otot kontraksi voluntari yang menggerakkan makanan.

3. HINDARI PENYEBAB GAS

Elakkan pengambilan makanan bergas seperti kacang, kubis dan minuman berkabornat.

4. KURANGKAN GULA

Oleh kerana karbohidrat boleh menapai didalam ususu dan menghasilkan gas, kebanyakan orang mendapati dengan cara tidak mengambil gula halus atau karbohidrat boleh mengurangkan dan menghilangkan simptom.

5. JANGAN AMBIL PENGGANTI GULA SEPERTI SORBITOL, XILITOL DAN ASPARTAME

Sedarilah bahawa sorbitol dan xilitol iaitu karbohidrat yang tidak boleh dihadam yang digunakan sebagaipemanis tiruan boleh meningkatkan sindrom usus rengsa, boleh menaikkan tahap gula dalam darah jika diambil secara berlebihan dan tidak digalakkan untuk kanak-kanak.

Aspartame pula merupakan gula tiruan yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti yang dilaporkan diseluruh dunia. Sebanyak 92 kesan sampingan telah dilaporkan mengenai aspartame.

6. ELAKKAN BAHAN IRITASI

Makanan berlemak dan kopi biasa atau yang tanpa kefien, boleh mencetus spasma usus yang boleh mengakibatkan kekejangan dan cirit-birit.

No comments:

Post a Comment