Tuesday 31 December 2013

JENIS LEMAK TUBUH PENTING

Pada asasnya, terdapat dua jenis lemak yang tersimpan iaitu lemak subkuteneous dan lemak viseral. Lemak subkuteneous adalah lemak jenis lembut yang anda boleh dapati di bawah kulit pada seluruh badan. Lemak viseral lebih tebal dan tersimpan di bahagian dalam abdomen dan sekitar organ-organ anda.

Diantara keduanya,lemak viseral lebih bahaya. Tidak seperti lemak subkutaneus (lemak di bawah kulit), lemak viseral (lemak dalam perut) lebih mudah bergerak dan kaya dengan sumber protien praradang yang menyebabkan radang. (Radang terlibat dalam dalam banyak penyakit. Radang kronik pemain utama dalam banyak keadaan kesihatan yang serius seperti penentanagn insulin, tekanan darah tinggi, diabetes Jenis 2 dan aterosklerosis.

Juga apabila menjalani hidrolisis, lemak viseral mengeluarkan asid lemak bebas. Apabila ia mencapai hati, ia ditukar kepada trigliserida dan disimpan. (Trigliserida yang tinggi menyumbang kepada Sindrom Metabolik).

Lemak Perut Tidak Baik.

Lemak viseral merupakan organ tersendiri yang mengeluarkan hormon dan molekul aktif yang dipanggil sitokines (cytokines) yang tidak baik untuk kesihatan. Menurut kajian dari Seolah Perubatan, Universiti Washington, lemak viseral mengeluarkan sitokines yang meningkatkan radang di seluruh sistem tubuh. 

Lemak viseral cenderung menyumbang kepada peningkatan dalam radang sistemik dan penentangan insulin. Beberapa tahun dahulu, aterosklerosis dianggap hanya berkaitan dengan lipid dan pengumpulan berlebihan kolesterol dalam arteri. Hari ini, sudah jelas bahawa aterosklerosis adalah penyakit radang.




7 Makanan Hebat Untuk Buang Toksin Dari Badan Dengan Cepat

Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walaubagaimanapun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah yang terbaik!
 
1) Aloe Vera 
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.


Aloe vera


2) Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!

Dandelion


3) Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.

Kale


4) Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati. 

Artichoke


5) Coriander
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.

Coriander Ketumbar


6) Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.

Halia


7) Broccoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 

Brokoli


Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!

*copy & paste
 

Wednesday 25 December 2013

FUNGSI PROTIEN

Fungsi Protein :-




1. Protein Untuk Hormon

Protein Hormon merupakan protein yang membantu aktiviti tubuh tertentu. Contoh dari protein ini adalah termasuk insulin, oksitosin, dan somatotropin. Insulin mengatur metabolisme glukosa dengan mengendalikan gula darah dalam tubuh manusia. Oksitosin diperlukan untuk merangsang kontraksi pada wanita saat akan melahirkan. Somatotropin adalah hormon pertum
buhan yang merangsang produksi protein dalam sel otot.

2. Fungsi Protein Untuk Antibodi

Fungsi protein sebagai antibodi adalah untuk menghalang serangan dari antigen. Protein dapat melakukan perjalanan melalui aliran darah dan digunakan oleh sistem kekebalan tubuh untuk mengidentifikasi dan melawan bakteri, virus, dan berbagai parasit dalam tubuh. Salah satu caranya adalah antibodi melawan antigen dengan melumpuhkan mereka sehingga mereka dapat dihancurkan dengan mudah oleh sel darah putih yang ada di darah kita. Manfaat antioksidan dari protein ini dapat dijadikan untuk menjaga kesihatan dan metabolisme tubuh dari penyakit.

3. Protein kontrak

Protein jenis ini berfungsi untuk gerakan pada tubuh manusia, contoh dari protein ini adalah aktin dan myosin, protein ini memiliki fungsi dan berperanan dalam kontraksi otot dan gerakan tubuh. Protein juga sering di sebutkan sebagai salah satu dalam program diet sihat tanpa ubat.

4. Enzim

Protein berfungsi untuk reaksi biokimia dalam tubuh, ia mempercepat reaksi kimia dalam tubuh kita. Contoh protein jenis ini adalah enzim laktase dan pepsin. Laktase memecah laktosa gula yang ditemukan dalam susu. Walaupun manfaat minum susu banyak sekali, namun kadar gulanya juga harus diatur dengan baik. Pepsin merupakan enzim pencernaan yang bekerja di perut untuk memecah protein dalam makanan agar mudah diserap oleh tubuh manusia.

5. Protein Storage

Jenis protein ini adalah untuk menyimpan asam amino, contohnya adalah ovalbumin dan kasein. Ovalbumin ditemukan dalam putih telur dan kasein adalah protein berbasis susu.

6. Protein Sebagai Alat Transportasi

Protein ternyata juga berfungsi sebagai alat transportasi, di mana ia membawa molekul dalam satu bahagian ke bahagian lainnya. Contohnya termasuk hemoglobin dan sitokrom. Hemoglobin mengangkut oksigen melalui darah dan Sitokrom beroperasi sebagai protein pembawa elektron.

7. Protein struktural

Fungsi protein ini adalah untuk memberikan sokongan pada bahagian tubuh lainnya. Jenis protein ini adalah keratin, kolagen, dan elastin. Keratin memperkuat penutup pelindung seperti rambut, bulu-bulu, tanduk, dan paruh. Kolagen dan elastin memberikan dukungan untuk jaringan lain seperti tendon dan ligamen.

Monday 23 December 2013

ASTHMA


Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus (mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.


Asthma tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal. pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh menyebabkan anda diserang asthma. Anda mungkin memerlukan pengambilan rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk. Dan juga rawatan jangka masa pendek (kecemasan) untuk mengawal simptomnya apabila diserang asthma. 







SIMPTOM-SIMPTOM
Tanda-tanda dan simptomnya adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan (minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk (severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan (bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang. Namun ketika tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.

TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  1. Pernafasan yang pendek.
  2. Sakit-sakit dada.
  3. Sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan.
  4. Bunyi desahan (seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar.
  5. Batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam.
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :-
  1. Serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah.
  2. Kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan. (untuk membuka laluan pernafasan.
PUNCA-PUNCA

Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik (inherited) serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab. Antaranya :-

  • Alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold (sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
  • Jangkitan pernafasan seperti selsema.
  • Aktiviti fizikal.
  • Pencemaran udara seperti asap rokok.
  • Sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID (ubat anti-radang bukan steroid).
  • Cuaca yang sejuk.
  • Gangguan emosi dan stress.
  • Bahan ber'sulfite', bahan pengawet.
  • GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus).
  • Putaran haid bagi sesetengah perempuan.
  • Alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.
INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA 

Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
  1. Latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma.
  2. Jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak.
  3. Terdedah kepada asap rokok.
  4. Persekitaran udara yang tercemar.
  5. Pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia.
  6. Kurang berat badan ketika lahir.
  7. Berat badan yang berlebihan.
BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR
  1. JIKA ANDA BERASA ANDA MUNGKIN SEBENARNYA ADALAH PESAKIT ASTHMA : Jika anda kerap batuk yang berpanjangan lebih daripada beberapa hari, ataupun mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom asthma, perlulah berjumpa doktor. Rawatan awal terutamanya kanak-kanak dapat menghalang kerosakan peparu dan menghalang daripada keadaan Asthma bertambah buruk.
  2. UNTUK MENGAWAL KEADAAN ASTHMA YANG TELAH DIKENALPASTI : Jika anda sudah mengenal pasti keadaan kesihatan anda, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan doktor anda supaya Asthma yang mnyerang sentiada dalam keadaan terkawal. Kawalan yang baik bukan sahaja boleh memberikan anda keselesaan dalam kehidupan seharian, malah boleh menghalang daripada serangan Asthma di tahap yang kritikal.
  3. APABILA SIMPTOM ASTHMA SEMAKIN TERUK : Hubungi doktor anda secepat mungkin jika ubatan yang biasa anda guna tidak berkesan. Asthma boleh berubah mengikut peralihan masa.jangan cuba untuk mengambil ubatan lain atau menambah sukatan ubat tanpa arahan daripada doktor. Sukatan ubatan untuk penyakit Asthma boleh menyebabkan kesan sampingan dan mungkin boleh menyebabkan Asthma bertambah buruk.
KOMPLIKASI
  1. Terpaksa di masukkan ke bilik rawatan kecemasan kerana serangan asthma yang teruk.
  2. Laluan pernafasan yang sempit dan kekal.
  3. Kesan sampingan akibat penggunaan sesetengah ubatan untuk menstabilkan keadaaan pesakit asthma pada tahap yang kronik dan kritikal.
RAWATAN DAN UBATAN

Kebanyakan rawatan asthma adalah dengan mengelakkan punca-punca yang boleh menyebabkan pesakit diserang. rawatan adalah berbeza bergantung kepada individu seperti berikut:
  •  RAWATAN JANGKA MASA PANJANG:
Kebanyakan kes, rawatan seperti ini adalah untuk setiap hari. Jenis-jenisnya :
  1. Inhaled corticisteroid (ex:Flovent Diskus, Pulmicort, Azmacort,Aerobid)
  2. LABA (long-acting beta-2 agonist (ex:Serevent Diskus, Foradil Aerolizer)
  3. Leukotriene modifier (ex:Singulair, Accolate, Zyflo CR)
  4. Cromolyn dan Nedocromil (Tilade)
  5. Theophylline
  • RAWATAN UNTUK MELEGAKAN DENGAN CEPAT:
Ia juga adalah untuk rawatan kecemasan ketika perlu untuk kesan yang cepat. rawatan ini adalah jika mendapat arahan daripada doktotr terlebih dahulu.jika anda kerap untuk perlu menggunakan rawatan jenis ini, anda mesti menyesuaikan balik rawatan jangka masa panjang anda.jenis-jenis rawatan ini adalah seperti berikut:
  1. short-acting beta-2 agonist (ex:salbutarol)
  2. Ipratropium (Atrovent)
  3. Oral and intravenous corticosteroid (ex:prednisone, methylprednisone)
  • RAWATAN UNTUK MENGURANGKAN ALAHAN ASTHMA:
Rawatan jenis ini adalah untuk mengurangkan sensitiviti badan pada alahan tersebut. atau mengurangkan imuniti badan agar tidak bertindak padaalahan tersebut. Ia termasuklah:
  1. Immunotherapy
  2. Anti-lE monoclonal antibodi (ex:Xolair)
  • RAWATAN DENGAN MENGGUNAKAN ALBUTEROL INHALER : 'HFA inhaler' mempunyai rasa yang berbeza. ia juga kurang tekanan ketika disembur berbanding 'CFC inhaler'ia perlu dibersihkan menggunakan air setiap minggu.

PENCEGAHAN

  1. Buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma.
  2. Kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma.
  3. Pengawasan terhadap pernafasan anda.
  4. Kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu.
  5. Jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal.

Tuesday 17 December 2013

MIGRAIN

Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Punca :-
1. Kesan daripada alahan seseorang
2. Silau akibat lampu yang terang
3. Bunyi yang terlalu kuat
4. Bau wangi yang terlampau kuat
5. Tekanan fizikal atau emosi
6. Waktu tidur yang tidak teratur
7. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
8. Stres
9. Menahan lapar
10. Makanan seperti coklat, keju, kopi, limau, tomato dan jeruk atau makanan yang diperap.



Wednesday 11 December 2013

KESAN OBESITI

Sakit jantung

  • Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
  • Mereka yang mengalami obes iaitu ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas akan terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.
Darah Tinggi
  • Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan kemungkinan mendapat tekanan darah tinggi.
  • Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah didalam darah pengidap obesiti.

  • Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat.
  • Apabila ruang salur darah sudah menyempit tekanan didalamnya akan meningkat.

Kanser
  • Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal breast kanser.

Penyakit kencing manis
  • Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes.
  • Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan.
  • Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung.
  • Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah.

Emosi tidak stabil
  • Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi karana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif seperti orang lain.



Monday 9 December 2013

INFO TENTANG TERAPI OZON



OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.


Siapakah yang tergolong dalam obesiti :-
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal.
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya.
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan yang sesuai :-
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?
Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa InggerisBody Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
StatusBMI
KurusKurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obesiti31.0 - 45.2
BahayaLebih 45.3

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)


Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.


Kandungan lemak dalam makanan :-
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.


Jenis makananGram lemak setiap sajian% kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa11.839
Hot dog14.554
Kentang goreng20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun10.161
Mentega/marjerin - 1 sudu teh494
Sos salad - 2 sudu makan11.185
Kek keju16.357
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan0.29
Roti - 1 keping1.116
Mil oat - 1 cawan2.415
Buah epal - 1 biji0.56
Ubi kentang - 1 biji dipanggang0.21

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

Risiko kesihatan :-
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
  • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras kolestrol darah yang tinggi
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan :-
Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
  • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
  • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
  • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
  • Berjalan-jalan, berkebun.
  • Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa perlu bersenam :-
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

Saturday 7 December 2013

GOUT



  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang.
  • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.


Adakah Gout Boleh Diwarisi?
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.



Friday 6 December 2013

DEMAM DENGGI

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.





Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

  • Demam Denggi
  1. Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  2. Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
  3. Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
  • Demam Denggi Berdarah
  1. Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  2. Kadar kematian amat rendah.
  3. Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
  4. Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  5. Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
  6. Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  7. Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
  • Sindrom Renjatan Denggi
  1. Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
  2. Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
  3. Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. 
  4. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah:
  • Demam Denggi Berdarah.
  • Sindrom Renjatan Denggi.
Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
  • Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.
  • Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
  • Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.
  •  Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?
Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.
  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.
  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.
Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.