Tuesday, 31 December 2013

JENIS LEMAK TUBUH PENTING

Pada asasnya, terdapat dua jenis lemak yang tersimpan iaitu lemak subkuteneous dan lemak viseral. Lemak subkuteneous adalah lemak jenis lembut yang anda boleh dapati di bawah kulit pada seluruh badan. Lemak viseral lebih tebal dan tersimpan di bahagian dalam abdomen dan sekitar organ-organ anda.

Diantara keduanya,lemak viseral lebih bahaya. Tidak seperti lemak subkutaneus (lemak di bawah kulit), lemak viseral (lemak dalam perut) lebih mudah bergerak dan kaya dengan sumber protien praradang yang menyebabkan radang. (Radang terlibat dalam dalam banyak penyakit. Radang kronik pemain utama dalam banyak keadaan kesihatan yang serius seperti penentanagn insulin, tekanan darah tinggi, diabetes Jenis 2 dan aterosklerosis.

Juga apabila menjalani hidrolisis, lemak viseral mengeluarkan asid lemak bebas. Apabila ia mencapai hati, ia ditukar kepada trigliserida dan disimpan. (Trigliserida yang tinggi menyumbang kepada Sindrom Metabolik).

Lemak Perut Tidak Baik.

Lemak viseral merupakan organ tersendiri yang mengeluarkan hormon dan molekul aktif yang dipanggil sitokines (cytokines) yang tidak baik untuk kesihatan. Menurut kajian dari Seolah Perubatan, Universiti Washington, lemak viseral mengeluarkan sitokines yang meningkatkan radang di seluruh sistem tubuh. 

Lemak viseral cenderung menyumbang kepada peningkatan dalam radang sistemik dan penentangan insulin. Beberapa tahun dahulu, aterosklerosis dianggap hanya berkaitan dengan lipid dan pengumpulan berlebihan kolesterol dalam arteri. Hari ini, sudah jelas bahawa aterosklerosis adalah penyakit radang.




No comments:

Post a Comment