- Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid
urik di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis
protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air
kencing (urin).
- Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit
yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh
menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang
perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum
lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh
kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan
tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap
kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran
dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau
sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu
atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku
lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
Asid urik boleh berkumpul di
bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air
kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering
menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang
boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan
sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan
seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan
sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil.
Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan
cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi
doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil
melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang
radang.
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang
pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.
Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Sentiasa peka terhadap
tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan
melarat.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
Gout boleh diwarisi tetapi faktor
persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh
dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan
kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan
cara hidup sihat.
No comments:
Post a Comment