Asthma
terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes)
membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan
menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus (mucous)
yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan
simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang
menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada
tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik (inherited) serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab. Antaranya :-
Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
Kebanyakan rawatan asthma adalah dengan mengelakkan punca-punca yang boleh menyebabkan pesakit diserang. rawatan adalah berbeza bergantung kepada individu seperti berikut:
PENCEGAHAN
Asthma
tidak boleh disembuhkan, tetapi simptom-simptomnya boleh dikawal.
pengurusan termasuklah menjauhi dan mengesan punca yang boleh
menyebabkan anda diserang asthma. Anda mungkin memerlukan pengambilan
rawatan jangka masa panjang untuk mencegah radang menjadi lebih teruk.
Dan juga rawatan jangka masa pendek (kecemasan) untuk mengawal simptomnya
apabila diserang asthma.
SIMPTOM-SIMPTOM
Tanda-tanda
dan simptomnya adalah berbeza mengikut peringkat kurang
membimbangkan (minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah
teruk (severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin
mengalami desahan (bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang
tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang. Namun ketika
tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas
seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan
simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau
lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
- Pernafasan yang pendek.
- Sakit-sakit dada.
- Sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan.
- Bunyi desahan (seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar.
- Batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam.
- Serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah.
- Kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan. (untuk membuka laluan pernafasan.
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik (inherited) serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab. Antaranya :-
- Alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold (sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
- Jangkitan pernafasan seperti selsema.
- Aktiviti fizikal.
- Pencemaran udara seperti asap rokok.
- Sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID (ubat anti-radang bukan steroid).
- Cuaca yang sejuk.
- Gangguan emosi dan stress.
- Bahan ber'sulfite', bahan pengawet.
- GERD (gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus).
- Putaran haid bagi sesetengah perempuan.
- Alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.
Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
- Latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma.
- Jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak.
- Terdedah kepada asap rokok.
- Persekitaran udara yang tercemar.
- Pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia.
- Kurang berat badan ketika lahir.
- Berat badan yang berlebihan.
- JIKA ANDA BERASA ANDA MUNGKIN SEBENARNYA ADALAH PESAKIT ASTHMA : Jika anda kerap batuk yang berpanjangan lebih daripada beberapa hari, ataupun mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom asthma, perlulah berjumpa doktor. Rawatan awal terutamanya kanak-kanak dapat menghalang kerosakan peparu dan menghalang daripada keadaan Asthma bertambah buruk.
- UNTUK MENGAWAL KEADAAN ASTHMA YANG TELAH DIKENALPASTI : Jika anda sudah mengenal pasti keadaan kesihatan anda, anda perlu sentiasa bekerjasama dengan doktor anda supaya Asthma yang mnyerang sentiada dalam keadaan terkawal. Kawalan yang baik bukan sahaja boleh memberikan anda keselesaan dalam kehidupan seharian, malah boleh menghalang daripada serangan Asthma di tahap yang kritikal.
- APABILA SIMPTOM ASTHMA SEMAKIN TERUK : Hubungi doktor anda secepat mungkin jika ubatan yang biasa anda guna tidak berkesan. Asthma boleh berubah mengikut peralihan masa.jangan cuba untuk mengambil ubatan lain atau menambah sukatan ubat tanpa arahan daripada doktor. Sukatan ubatan untuk penyakit Asthma boleh menyebabkan kesan sampingan dan mungkin boleh menyebabkan Asthma bertambah buruk.
- Terpaksa di masukkan ke bilik rawatan kecemasan kerana serangan asthma yang teruk.
- Laluan pernafasan yang sempit dan kekal.
- Kesan sampingan akibat penggunaan sesetengah ubatan untuk menstabilkan keadaaan pesakit asthma pada tahap yang kronik dan kritikal.
Kebanyakan rawatan asthma adalah dengan mengelakkan punca-punca yang boleh menyebabkan pesakit diserang. rawatan adalah berbeza bergantung kepada individu seperti berikut:
- RAWATAN JANGKA MASA PANJANG:
- Inhaled corticisteroid (ex:Flovent Diskus, Pulmicort, Azmacort,Aerobid)
- LABA (long-acting beta-2 agonist (ex:Serevent Diskus, Foradil Aerolizer)
- Leukotriene modifier (ex:Singulair, Accolate, Zyflo CR)
- Cromolyn dan Nedocromil (Tilade)
- Theophylline
- RAWATAN UNTUK MELEGAKAN DENGAN CEPAT:
- short-acting beta-2 agonist (ex:salbutarol)
- Ipratropium (Atrovent)
- Oral and intravenous corticosteroid (ex:prednisone, methylprednisone)
- RAWATAN UNTUK MENGURANGKAN ALAHAN ASTHMA:
- Immunotherapy
- Anti-lE monoclonal antibodi (ex:Xolair)
- RAWATAN DENGAN MENGGUNAKAN ALBUTEROL INHALER : 'HFA inhaler' mempunyai rasa yang berbeza. ia juga kurang tekanan ketika disembur berbanding 'CFC inhaler'ia perlu dibersihkan menggunakan air setiap minggu.
PENCEGAHAN
- Buat 1 perancangan bersama doktor anda untuk pengambilan ubatan dan cara untuk mengawal asthma.
- Kenalpasti dan elakkan daripada punca-punca anda terkena serangan asthma.
- Pengawasan terhadap pernafasan anda.
- Kenal pasti dan rawatan awal adalah perlu.
- Jangan mengubah perancangan pengambilan ubat walaupun asthma anda semakin terkawal.
No comments:
Post a Comment