Gangguan alergi berlaku apabila sistem imun tubuh memberi tindak balas keterlaluan bila terdedah pada unsur persekitaran dan mencetuskan mekanisme pertahanan seperti kebengkakan, mata berair dan bersin. Unsur yang merangsang tidak balas dipanggil alergen dan lazimnya ia boleh dikawal dengan pnggunaan ubat-ubatan dinamakan antihistamin.
Bila alergen masuk ke dalam tubuh seseorang yang mempunyai sistem imun yang sensitif, histamin dan bahan kimia lain rembeskan oleh sel tertentu. Inilah yang menyebabkan kegatalan, kebengkakan, penghasilan lendir berair, ruam pada kulit, dan simptom-simptom lain. Simptom itu membuat seseorang rasa tidak selesa dan rasa rimas tetapi tidak membahayakan nyawa.
Rawatan biasanya merangkumi pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin. Penghidap juga boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu. Gangguan alergik yang lazim termasuklah :-
1. Asma
2. Ekzema
3. Alahan makanan.
1. ASMA :-
Gangguan respiratori yang mengakibatkan respons alergik oleh paru-paru dan boleh mengakibatkan masalah pernafasan. Sekiranya paru-paru sensitif kepada alergen tertentu, seperti debunga atau tungau debu, ia boleh menyebabkan tiub pernafasan di dalam paru-paru menyempit, sekali gus menyukarkan penghidap bernafas. Simptom asma boleh juga disebabkan oleh jangkitan respiratoi, senaman, kesejukan, udara, tekanan, asap dan bahan pencernaan lain.
2. EKZEMA
Reaksi sensitif yang terjadi pada kulit dan menyebabkan ruam bersisik yang gatal. Pendedahan kepada bahan kerengsaan di sekitar boleh memburukkan lagi simptom seperti kulit kering bila tersentuh air, perubahan suhu dan tekanan.
3. ALAHAN MAKANAN
Produk seperti kekacang, alahan bermusim (seperti demam hay), alahan persekitaran (pada organisme seperti hama debu). Semua ini disebabkan oleh imun sensitif yang melampau, yang mengarah kepada resons imun yang tidak betul apabila sistem imun bereaksi terhadap alergen.
No comments:
Post a Comment