Bahan buangan berasid ialah bahan-bahan sampingan semua fungsi tubuh dan dibuang dalam bentuk peluh, air kencing dan najis. Hanya bila bahan-bahan bersid daripada makanan yang tidak hadam meningkatkan kadar bahan buangan berasid dengan keterlaluan menyebabkan tubuh tidak dapat membuangnya. Tanda paling biasa ialah pencernaan asid yang dinamakan penyurutan asid (asid reflux).
Penyurutan asid ialah keadaan dimana tekak dan dada terasa apabila kandungan sisa asd dari perut mengalir masuk ke kerongkong. Tidak seperti di dalam perut, kerongkong tidak mempunyai lapisan lendir yang tebal bagi mencegah kesan kemusnahan bahan-bahan berasid. Jika penyurutan asid kronik, ia boleh menyebabkan bengkak dan kemerahan pada tisu kerongkong dan pert. Ini boleh membawa kepada kemusnahan lapisan lendir di dalam perut dan perut itu sendiri, kerongkong dan ulse duodenum (bahagian paling atas usus kecil yang bersambung pada bahagian bawah perut).
Simptom pencernaan asid boleh menadi penyelamat nyawa kerana ia membuktikan sisa-sisa asid di dalam saluran penghadaman menghampiri paras bahaya dan sedang terjadi di bahagian lain tubuh. Lambat-laun, tahap sisa asi yang berlebihan akan mengakibatkan penyakit degeneratif. Kebanyakannya mengalami penyakit yang melemahkan tanpa sebarang simptom ketidakcernaan asid, jadi mereka tidak nampak kesinambungan di antara sisa-sisa asid dan penyakit degeneratif. Malah bagi mereka yang mengalami penyurutan asid, gastritis (keradangan perut), loya, kembung, batu karang dan ulser, diet ialah punca utamanya.
Setiap keperitan dan kesakitan badan yang bukan disebabkan oleh kecederaan fizikal berpunca daripada sisa-sisa asid produk yang tidak sepatutnya atau makanan yang kurang nutrient.
No comments:
Post a Comment