Tuesday, 21 January 2014

SISTEM IMUN


Penuaan pramatang otak, peredaran darah, jantung, sendi, kulit, saluran digestif dan sistem imun boleh bermula pada bila-bila masa dalam kehidupan kita. Pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan tubuh merosot termasuklah kecederaan yang belum sembuh sepenuhnya, alergi, kimia toksik dan logam berat, kurang nutrisi, radiasi ultraungu yang berlebihan, stress keterlaluan dan tidak aktif.


Kadang-kadang penuaan pramatang terjadi tanpa sebarang simptom sehingga tina-tiba berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka seperti serangan jantung, kanser dan strok. Pada waktu lain, artophy atau pembaziran tisu boleh terjadi, seperti lemah otot disebabkan kurangnya senaman, membran lendir dan kemerosotan kelenjar dengan penurunan tahap hormon dan atrophy otak bagi penyakit Alzheimer's.




Berikut disenaraikan musuh utama sistem imun :-
  1. Asap (rokok, dan lain-lain)
  2. Tekanan 
  3. Pencemaran (jalan raya sibuk, laluan penerbangan, industri, dll)
  4. Racun serangga
  5. Radiasi
  6. Kimia karsinogenik (industri atau domestik)
  7. Dadah (sah, tidak sah di sisi undang-undang, perubatan), semua ini memerlukan pengawasan pakar perubatan sama ada untuk mengurangkan atau terus tidak menggunakannya lagi.
  8. Bahan penambahan makanan (terutama makanan dan perisa)
  9. Keseimbangan makanan yang tidak beti=ul (misalnya terlalu masin, lemak atau manis)
  10. Kemalangan
  11. Obesiti atau kelaparan
  12. Kurang keseimbangan vitamin
  13. Senaman tidak sesuai
  14. Kecacatan dari segi genatik
  15. Jangkitan (bakteria, virus, fungi, cacing, dll)
  16. Pendirian negatif tentang kehidupan
  17. Tidak gembira
Berikut ada beberapa sebab kenapa sistem imun perlukan penggalakkan :-
  1. Sistem imun menentukan beberapa cepat anda menjadi tua.
  2. Sistem imun melawan virus, bakteria dan organisma lain yang cuba menyerang dan menyebabkan selesema juga jangkitan kulat, ke jenis yang jarang ditemui tetapi mengancam nyawa seperti meningitis, penyakit Legionnaire's dan AIDS.
  3. Sistem imun mempunyai kuasa untuk memusnahkan sel kanser sebaik sahaja ia terbentuk.
  4. Sistem imun membersihkan bahan kumuh tubuh setiap hari, menghapuskan sel mati, "penyerang" yang mati dan bahan kimia toksik.
  5. Sistem imun menawarkan perlindungan daripada radiasi dan pncemaran bahan kimia.
  6. Sistem imun boleh hilang kawalan dan menyebabkann masalah alergi atau penyakit autoimun seperti arthiritis.
  7. Jika sistem imun tidak elok, anda akan selalu sakit, sakit lebih serius dan terpaksa menanggung kesakitan lebih lama.
  8. Dengan sistem imun yang kuat, anda hampir tidak boleh dikalahkan dan sepatutnya mampu hidup lebih lama, sihat dan aktif.

No comments:

Post a Comment